Sesi Ministerial Talk & Majlis Pelancaran Food Bank Siswa Universiti Teknologi Mara

21 Oct 2019

Pada 21/10/2019, UiTM Shah Alam menjadi universiti awam ke-19 untuk menerima program Food Bank Siswa anjuran KPDHHEP. 1,000 anak Siswa daripada keluarga B40 yang memerlukan akan menerima manfaat dalam bentuk bantuan makanan serta barangan keperluan. 99 Speed Mart telah bekerjasama dengan kementerian dan telah menyumbangkan bekalan lebihan makanan agar ia terus dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar UITM yang memerlukan . Semoga berkat usaha semua, kita dapat memastikan anak-anak muda mampu fokus kepada pembelajaran bagi mengejar masa depan yang cerah tanpa mengira latar belakang atau kemampuan keluarga.