Kempen Derma Darah dengan kerjasama St. John Ambulance Malaysia

07 Nov 2020

Selaras dengan Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia , 99 Speed Mart Sdn Bhd telah bekerjasama dengan St.John Ambulance Malaysia dalam menganjurkan Kempen Derma Darah di beberapa buah negeri. Sebanyak 2088 beg darah telah berjaya dikumpulkan daripada penderma-penderma yang berada di Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Diharapkan dengan kempen yang dijalankan ini dapat membantu pihak hospital menyelamatkan lebih banyak nyawa terutamanya semasa musim Covid-19 yang sedang melanda negara ini.