Kempen Derma Darah yang Ke-10

21 Nov 2020

Selaras dengan Saranan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Bin Abdullah, 99 Speed Mart Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah dalam menjayakan Kempen Derma Darah tahun ke-10 pada 21 November 2020 bertempat di Gudang Jalan Kebun. Sebanyak 254 beg darah telah berjaya dikumpulkan pada hari tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma, kakitangan hospital dan staff 99 Speed Mart yang terlibat dalam menjayakan kempen ini.