Program Bakul Prihatin Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

06 Apr 2021

Majlis pelancaran Program Bakul Prihatin Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dilakukan dengan simbolik pertukaran memorandum persefahaman di antara Pihak MBSA dan 99 Speedmart. Pertukaran memorandum di antara Pemangku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam Tuan Rashidi bin Ruslan diserahkan kepada Pengurus Besar Operasi Cawangan 99 Speedmart En Yong Eng Kwang. 99 Speedmart juga menerima pakej belian bernilai RM 50,0000 daripada Majlis Bandaraya Shah Alam dan RM 10,000 daripada pada Dun Kota Kemuning. Diharap sumbangan ini dapat membantu lebih banyak golongan memerlukan yang terjejas akibat wabak Covid-19 yang melanda negara pada masa kini.