Penyerahan Sumbangan Peranti Perubatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia

19 Aug 2021

Simbolik Penyerahan Sumbangan Peranti Perubatan bernilai RM1,884,650.00 yang telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin bertempat di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Sumbangan berupa peranti perubatan pelbagai jenis seperti Ultrasound, Ventilator, Isolator, PAPR serta lain-lain peranti ini telah disalurkan kepada 18 hospital di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sabah. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pesakit serta meringankan beban frontliner dalam menghadapi pandemik Covid-19 di negara ini.