Majlis Pelancaran MADANI Reusable Bag & Kempen Tanpa Beg Plastik Di 99 Speedmart

09 May 2023

99 Speedmart dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Sekitar telah merasmikan Program Pelancaran MADANI Reusable Bag & Kempen Tanpa Beg Plastik yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri NRECC. 99 Speedmart juga telah menerima Sijil Pengiktirafan Pencapaian Platinum GreenRE Standard yang disampaikan oleh YBhg Datuk Haji Muztaza Bin Haji Mohamad kepada En Lee Thiam Wah, Pengarah Urusan 99 Speed Mart Sdn Bhd. Pada majlis itu juga, 99 Speedmart telah memperkenalkan MADANI Reusable Bag yang boleh didapati dengan harga RM2 serta faedah seperti berikut : 1. Sekiranya rosak, pudar, koyak atau putus, boleh tukar yang baru secara percuma di mana-mana cawangan 99 Speedmart 2. Sekiranya pelanggan pulangkan semula MADANI Reusable Bag ini, RM2 akan dipulangkan semula kepada pengguna. Diharapkan dengan inisiatif yang dijalankan ini dapat membantukan dalam mengurangkan pencemaran disamping dapat menjaga alam sekitar dengan lebih bersih.