Sumbangan Bantuan Banjir kepada Mangsa di Perak

Sehubungan dengan bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan Negeri Perlis, 99

Sehubungan dengan bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan  Negeri Perlis, 99 Speedmart telah menyalurkan sumbangan berupa minuman, biskut dan roti kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Kangar, Chuping, Arau dan Padang Besar.

Tindakan pantas ini telah diambil dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)  dalam memastikan bantuan ini terus sampai kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir ini.

99 Speedmart sentiasa cakna dan akan sedaya upaya memastikan bantuan kepada negeri lain yang terlibat dalam bencana banjir juga akan menyusul dalam masa terdekat.

Gallery

Related articles

For Vendors

Join us as a Vendor and unlock a world of opportunities!