Majlis Penyerahan Kit Makanan Ramadan & Majlis Berbuka Puasa Bersama

25 Mar 2024

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Serta Penyerahan Kit Makanan Bersama Kumpulan Sasar KPWKM dengan kerjasama 99 Speedmart bertempat di Rumah Seri Kenangan Cheras yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri KPWKM. Dalam pada yang sama majlis simbolik penyerahan bakul rahmah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup juga telah diadakan di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Menteri KPDN. Sebanyak 4500 kit makanan telah disumbangkan kepada kementerian daripada keseluruhan 10,000 kit makanan bernilai RM500,000 yang disediakan terdiri daripada barangan keperluan seperti gula, biskut, bihun, tepung serta pelbagai barangan lain. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang menerimanya dalam menyambut Perayaan Aidilfitri yang akan datang ini.