Majlis Penyerahan Kit Makanan

03 Apr 2024

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, 99 Speedmart telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Majlis Agama Islam dan juga Exco Kerajaan Tempatan & Pelancongan Negeri Selangor dengan menyumbangkan kit makanan Ramadan untuk diserahkan kepada golongan asnaf yang memerlukan. Antara Majlis Agama yang terlibat untuk sumbangan ini adalah Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan juga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Sebanyak 5,500 kit makanan telah disumbangkan daripada jumlah keseluruhan 10,000 kit makanan yang telah disediakan berjumlah keseluruhan RM500,000 yang terdiri daripada barangan keperluan seperti gula, biskut, bihun, tepung serta pelbagai barangan lain. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang menerimanya dalam menyambut Perayaan Aidilfitri yang akan datang ini.