Simbolik Penyerahan Hamperbox kepada golongan B40 melalui KPDNHEP

06 May 2020

99 Speed Mart telah menyerahkan 5000 Unit Hamperbox bernilai RM50 seunit dengan kerjasama pihak KPDNHEP dalam satu majlis penyerahan simbolik kepada YB Menteri Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Hamperbox sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini akan disalurkan melalui Pihak KPDNHEP kepada golongan B40 yang memerlukan di semua negeri.