Kami dengan berbesar hati dan berbangga mengumumkan bahawa 99 Speedmart telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Pembangunan Lestari di bawah Kategori Outlet Runcit Terbaik oleh GreenRE dan REHDA bertempat di Majlis Makan Malam Tahunan REDHA.
En Albert Lee Yan Zhong, Pegawai Pengoptimuman dan Kelestarian, telah hadir untuk menerima anugerah ini mewakili 99 Speedmart. Majlis penyampaian anugerah pada malam itu telah disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dengan 10 cawangan yang telah diperakui layak menerima pengiktirafan sebagai Platinum melalui penilaian daripada panel penilaian peruncitan, secara tidak langsung telah menunjukkan kepada kami kaedah yang berkesan untuk mengurangkan lagi impak kepada alam sekitar. Kami masih dalam proses untuk melaksanakan sebahagian besar inisiatif yang telah dijalankan ke semua cawangan kami.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada GreenRE, serta kepada semua yang terlibat atas dedikasi selama ini,tidak dilupakan kepada rakan kongsi serta pemegang kepentingan atas pengiktirafan yang telah diterima ini.