Misi bantuan kepada mangsa yang terkesan akibat bencana banjir susulan Ribut Tropika Senyar diteruskan, di mana 99 Speedmart telah menyalurkan sumbangan barangan keperluan seperti minuman, biskut dan roti kepada beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Selangor.
Inisiatif ini dilaksanakan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor bagi memastikan setiap bantuan diagihkan dengan teratur dan sampai kepada komuniti yang benar-benar memerlukan.
Sebagai pasar mini yang dekat dengan komuniti, 99 Speedmart komited untuk terus membantu dan menyokong masyarakat ketika berdepan keadaan cuaca ekstrem serta situasi luar jangka seperti ini.





