Majlis Perasmian Anjung Rezeki MAIPs telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dengan keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Tuanku Raja Muda Perlis, YDM Engku Maharaja Lela Setia Paduka Datoโ Paduka Syed Budriz Putra Jamalullail serta YBrs Tuan Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.
Sebagai tanda komitmen dalam menyokong kebajikan masyarakat, 99 Speedmart Sdn Bhd telah menyumbangkan bakul perayaan berjumlah keseluruhan RM 10,000 untuk diserahkan kepada 160 penerima daripada golongan B40 dan asnaf yang memerlukan yang telah disampaikan oleh En Yong Eng Kwang, Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart Sdn Bhd. Sebanyak 300 pek makanan juga telah disediakan oleh 99 Speedmart untuk diedarkan kepada penerima sebagai persediaan berbuka puasa.
Pada Majlis tersebut, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan menyempurnakan perasmian Foodbank Anjung Rezeki MAIPs untuk memastikan lebihan makanan dapat diselamatkan dan elak pembaziran.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat serta meringankan beban mereka yang menerimanya di samping mengukuhkan semangat kebersamaan dalam membantu komuniti setempat.














