Penyerahan Bakul Perayaan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina 2026, 99 Speed

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina 2026, 99 Speed Mart terus memperkukuh komitmennya dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat melalui penyaluran sumbangan bakul perayaan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara, melibatkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Menerusi inisiatif ini, 99 Speed Mart telah menyalurkan sumbangan sebanyak lebih daripada 15,000 set bakul perayaan dengan nilai keseluruhan melebihi RM700,000, melalui kerjasama strategik bersama pelbagai pihak termasuk Pejabat Menteri Besar, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Negeri serta rumah-rumah kebajikan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong kesejahteraan komuniti serta membantu meringankan beban penerima, khususnya menjelang musim perayaan.

Sumbangan ini diharapkan dapat menceriakan sambutan perayaan, terutamanya bagi keluarga kurang berkemampuan, agar mereka turut berpeluang menikmati kegembiraan bersama insan tersayang dalam suasana yang lebih bermakna.

Selaras dengan nilai teras syarikat, 99 Speedmart sentiasa percaya bahawa semangat perpaduan, keprihatinan dan kebersamaan dapat diperkukuhkan melalui amalan berkongsi rezeki, sejajar dengan nilai-nilai murni yang dibawa oleh kedua-dua perayaan ini.

Gallery

Related articles

For Vendors

Join us as a Vendor and unlock a world of opportunities!