99 Speedmart terus melangkah dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dengan menyalurkan Bakul Perayaan Deepavali 2025 menerusi penglibatan pelbagai komuniti setempat serta agensi.
Antara komuniti serta agensi yang telah menjayakan inisiatif jalinan kerjasama ini ialah Kementerian Digital, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Orang Besar Jajahan Kinta (Perak), Adun Buntong, Adun Bilut, Ahli Majlis MBDK serta Jawatankuasa Majlis Peguam Selangor.
Sebanyak 3,190 Bakul Perayaan telah disumbangkan sebagai tanda keprihatinan di mana dengan kerjasama pelbagai komuniti dan agensi terlibat, ia dapat diagihkan kepada golongan B40 yang memerlukan.
Besar harapan kami agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban, mendatangkan keceriaan serta kegembiraan kepada mereka yang menerimanya sebagai persediaan menyambut Perayaan Deepavali yang akan datang ini.
 
								 
								




