99 Speed Mart sentiasa prihatin dan peka dengan keadaan semasa yang berlaku dan bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bertempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Jerai, Kupang Kedah, 99 Speed Mart Sdn Bhd telah menyumbangkan sebanyak 650 set barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, tepung, gula dan makanan asas kering kepada En Badrol Hisham Bin Che Li, Penghulu Mukim Kupang yang menguruskan pusat pemindahan sementara (PPS) ini. Sumbangan ini akan diserahkan kepada semua penduduk yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda baru – baru ini. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat membantu dan meringankan beban mereka yang menerimanya.