99 Speed Mart menyokong Earth Hour 2026 sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap kelestarian Alam Sekitar.
Pada 28 Mac 2026 (Sabtu), dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, semua cawangan 99 Speed Mart di seluruh Malaysia telah memadamkan lampu-lampu terpilih selama satu jam sebagai simbol sokongan terhadap usaha global dalam menangani perubahan iklim.
Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan kami dalam mengurangkan penggunaan tenaga di samping menyokong usaha kerajaan dalam penjimatan tenaga elektrik serta pengurangan pelepasan karbon ke arah masa depan yang lebih lestari.












