Majlis Penyerahan Replika Cek Tajaan 99 Speedmart Kepada Zoo Negara Malaysia

99 Speedmart telah meneruskan komitmen terhadap pemuliharaan hidupan liar melalui tajaan kali

99 Speedmart telah meneruskan komitmen terhadap pemuliharaan hidupan liar melalui tajaan kali ke-4 kepada Zoo Negara Malaysia berjumlah RM132,572 bertujuan untuk pemuliharaan Singa Putih, Manja Li & Manja Ros.

Majlis penyerahan replika cek telah disempurnakan oleh Puan Ng Lee Tieng, Pengarah Bukan Eksekutif 99 Speedmart dan Puan Lee Lay Liang, Pengarah Eksekutif 99 Speedmart kepada YBhg. Dato’ Sr. Zaharin Md. Arif, Presiden Malaysian Zoological Society dan YBhg. Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, Timbalan Presiden Malaysian Zoological Society.

Inisiatif ini merupakan komitmen dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 99 Speedmart dalam menyokong misi Zoo Negara Malaysia untuk melindungi, serta memupuk kesedaran awam mengenai kepentingan pemuliharaan pelbagai spesis haiwan.

Gallery

Related articles

For Vendors

Join us as a Vendor and unlock a world of opportunities!