Majlis Penyerahan Trak Ringan Elektrik Foton eAumark di Pusat Pengedaran 99 Speedmart Cyberjaya

Sukacita dimaklumkan 99 Speedmart telah Berjaya mencatatkan pencapaian penting dalam agenda kelestarian

Sukacita dimaklumkan 99 Speedmart telah Berjaya mencatatkan pencapaian penting dalam agenda kelestarian melalui Majlis Penyerahan Trak Ringan Elektrik Foton eAumark yang diadakan bertempat di Pusat Pengedaran Cyberjaya.

 

Sebanyak 10 unit trak ringan elektrik telah diserahkan oleh En Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Berhad mewakili Angka-Tan Motor Sdn. Bhd. kepada En Lee Thiam Wah, Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speedmart dan juga En Lee Yan Zhong, Pegawai Pengoptimum dan Kelestarian 99 Speedmart menandakan satu permulaan baharu dalam pengangkutan logistik yang lebih mampan.

 

Inisiatif ini merupakan langkah strategik dalam mempertingkatkan lagi kecekapan operasi logistik melalui penggunaan teknologi hijau, selaras dengan komitmen negara dalam mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Gallery

Related articles

For Vendors

Join us as a Vendor and unlock a world of opportunities!