Logo

Terma dan syarat untuk menebus ganjaran sekiranya tidak mendapat resit pembelian bercetak di 99 Speed Mart Sdn Bhd

  • Terbuka kepada semua pelanggan 99 Speedmart Sdn. Bhd. yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.

  • Pelanggan boleh membuat aduan sekiranya tidak mendapat resit pembelian bercetak dalam masa 48 jam dari tarikh pembelian. Pelanggan perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan 99 Speed Mart di talian 010 500 0099.

  • Pelanggan diminta memberikan kerjasama sepenuhnya berkenaan sebarang maklumat yang diperlukan untuk direkodkan oleh pihak pengurusan.

  • Maklum balas terhadap aduan akan diberikan dalam masa 3 hari waktu bekerja.

  • Pihak pengurusan mempunyai hak untuk membatalkan ganjaran yang bakal diberikan tanpa sebarang notis awal ataupun maklumat yang diberikan tidak lengkap atau pun tepat.

  • Penerima ganjaran akan dihubungi melalui panggilan telefon (010 500 0099) pada waktu bekerja sahaja (8:30am – 5:30pm).

  • Ganjaran ini hanya akan diserahkan kepada pelanggan yang terlibat semasa kejadian, wakil adalah tidak dibenarkan sama sekali. Tempat penyerahan ganjaran adalah di cawangan 99 Speed Mart sahaja.

  • Segala keputusan daripada pihak pengurusan adalah muktamad.

Penebusan Ganjaran tidak akan diambil kira sekiranya berlaku situasi berikut:

  • Ketika cawangan menghadapi masalah gangguan bekalan elektrik.

  • Ketika cawangan mengalami masalah teknikal computer.

99 Bulksales

Buy more, save more.

Speedpoint services

Pay for everything in one place.

Store operations

All your essentials in one place.

For Vendors

Join us as a Vendor and unlock a world of opportunities!