Perasmian Cawangan Ke-3000 99 Speedmart

Kami dengan bangganya mengumumkan pembukaan rasmi cawangan ke-3000 yang terletak di Caledonia

Kami dengan bangganya mengumumkan pembukaan rasmi cawangan ke-3000 yang terletak di Caledonia Avenue, Bestari Jaya, Selangor pada 28 November 2025.

Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Chua Tia Guan, Pengerusi 99 Holdings, bersama Encik Lee Thiam Wah, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, berserta Puan Ng Lee Tieng, Pengarah Bukan Eksekutif 99 Holdings — menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan kami sebagai peneraju industri runcit negara.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelanggan, rakan niaga, seluruh warga kerja serta para pemegang saham yang sentiasa memberikan sokongan, keyakinan dan kepercayaan kepada visi syarikat.

Dengan komitmen yang sama, 99 Speedmart akan terus berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik serta nilai yang lebih kompetitif untuk komuniti di seluruh negara.

Gallery

Related articles

For Vendors

Join us as a Vendor and unlock a world of opportunities!