Program Agihan Bakul Makanan Sempena Sambutan Deepavali 2025 dengan kerjasama Kementerian Digital telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Damansara Utama, Petaling Jaya.
Majlis agihan ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital bersama En. Yong Eng Kwang, Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart Sdn Bhd.
Pada majlis ini, 99 Speedmart telah menyumbangkan sebanyak 800 unit bakul makanan selaras dengan komitmen kami membantu komuniti setempat untuk diagihkan kepada keluarga B40 sebagai persediaan menyambut perayaan Deepavali.
Besar harapan kami agar sumbangan ini dapat membawa sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka yang menerimanya.
Happy Diwali