99 Speedmart telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan 99 Speedmart ke-38 bertempat di Wyndham Acmar Klang pada 26 Oktober 2025.
Sukacita dimaklumkan, dengan pembukaan cawangan baharu di Gua Musang, Kelantan, 99 Speedmart kini telah berada di semua negeri di Malaysia. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta menjadi penanda aras untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di seluruh negara.
Pada malam tersebut, sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), 99 Speedmart telah menyampaikan sumbangan berjumlah keseluruhan RM3 juta kepada:
1.Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
2.Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan
3.Program Sekolah Angkat Madani 2025:
•Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda
•Sekolah Kebangsaan Telok Gong
•Sekolah Kebangsaan (1) Jalan Batu Tiga
•Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pui Ying
•Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Vivekananda, Petaling Jaya
Selain itu, 99 Speedmart juga meraikan warga kerja yang telah berkhidmat bersama syarikat selama 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun, 25 tahun dan 30 tahun melalui penyampaian Anugerah Khidmat Lama sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan kesetiaan mereka kepada syarikat.
99 Speedmart turut meraikan dan menghargai sumbangan warga kerja melalui penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Jabatan Gudang dan Pengurus Kawasan Terbaik, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen serta prestasi memberangsangkan sepanjang tahun. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
Dengan kehadiran di semua negeri di Malaysia, 99 Speedmart akan terus membawa barangan keperluan dengan harga berpatutan kepada masyarakat di seluruh negara, selaras dengan slogan Dekat Lagi Murah.
				 
								 
								









