Di 99 Speedmart, kami amat berbangga dengan para atlet para Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di Sukan Paralimpik Paris 2024. Semangat juang serta pencapaian mereka telah menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Berkenaan isu kekurangan tajaan kepada atlet paralimpik yang dibangkitkan baru-baru ini, kami percaya bahawa atlet kita tidak seharusnya dibiarkan bersendirian tanpa sebarang sokongan.
Sebagai tanda solidariti, 99 Speedmart tampil ke hadapan untuk menyampaikan tajaan khas tunai sebanyak RM35,000 bagi setiap pemenang pingat emas, RM15,000 bagi setiap pemenang pingat perak, dan RM7,000 bagi pemenang pingat gangsa.
Inisiatif ini bertujuan dalam memberikan motivasi kepada para atlet, mengukuhkan sokongan rakyat, serta memastikan para atlet dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan dan pertandingan.
Isu ini telah diselesaikan dan kami mendoakan agar para atlet kita dapat terus fokus untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang dan terus membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.