Sehubungan dengan bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan di Negeri Perak, 99 Speedmart telah menyalurkan sumbangan seperti minuman, biskut dan roti kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Larut, Matang dan Selama.
Tindakan pantas ini telah diambil dengan kerjasama logistik daripada St. John Ambulans Malaysia dalam memastikan bantuan ini terus sampai kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir ini.
 
								 
								









