99 Speedmart telah meneruskan misi bantuan dalam meringankan beban mangsa bencana banjir dengan penyaluran segera sumbangan barangan seperti minuman, biskut, dan roti kepada beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Manjung, Perak.
​Usaha bantuan ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan setiap sumbangan diagihkan dan sampai terus kepada komuniti yang terjejas akibat banjir.





