99 Speed Mart Sdn Bhd telah memberikan sumbangan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) berjumlah keseluruhan RM200,000.00 yang diwakili oleh YBhg Dato’ Ahmad Rozian, Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar Negeri, disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Luar Negeri bertempat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Sumbangan ini merupakan tanda solidariti 99 Speedmart yang sentiasa cakna dengan konflik semasa yang berlaku dan menjadi satu tanggungjawab syarikat menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama dalam misi bantuan rakyat Palestin ini.