Simbolik penyerahan Hamperbox berupa barangan keperluan untuk sambutan Perayaan Deepavali berjumlah 800 unit dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia telah diserahkan kepada YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia dan akan diagihkan kepada masyarakat India terutamanya golongan B40 yang memerlukan. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban persiapan perayaan Deepavali yang menjelang tiba.