Majlis Apresiasi Rakan Strategik JKM Tahun 2025

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Rakan Strategik JKM Tahun

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Rakan Strategik JKM Tahun 2025 pada 1 Julai 2025 bertempat di Bangi Resort Hotel. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Pada majlis tersebut, 99 Speed Mart Sdn Bhd telah dipilih sebagai penerima anugerah Rakan Strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun 2025 sebagai pengiktirafan atas penglibatan syarikat secara aktif dalam program-program di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, khususnya melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Anugerah tersebut telah diterima oleh Yong Eng Kwang, Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart Sdn Bhd.

Gallery

Related articles

For Vendors

Join us as a Vendor and unlock a world of opportunities!