Sempena Hari Cuci Malaysia yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 27 September 2025, 99 Speedmart bersama persatuan Bomba Sukarela telah menyahut seruan KPKT dalam menjayakan inisiatif ini. Semua cawangan 99 Speedmart di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak turut mengambil bahagian dalam membersihkan dan menceriakan persekitaran cawangan bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.