Anjung Rezeki MAIPs merupakan program foodbank yang menyediakanย barangan keperluan kering kepada golongan rentan, asnaf, serta mereka yang benar-benar memerlukan.
โProgram ini merupakan hasil cetusan idea oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perlis (MAIPs) dan 99 Speedmart.
โBagi memastikan akses yang lebih mudah, penempatan Anjung Rezeki MAIPs ini disasarkan di lokasi-lokasi strategik, iaitu di masjid-masjid terpilih dan juga di UNISIRAJ. Ini bertujuan memudahkan para penerima mengambil bantuan mengikut keperluan harian.
โPihak 99 Speedmart amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama merealisasikan hasrat dan titah Tuanku Raja Muda Perlis. Diharapkan kemudahan foodbank ini dapat dimanfaatkan secara berhemah dan sedikit sebanyak membantu meringankan beban penerima secara berterusan.






