99 Speed Mart terus memperkukuh komitmennya terhadap kesihatan komuniti melalui penyaluran sumbangan berjumlah keseluruhan RM500,000.00 kepada Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ) bagi tempoh lima tahun bermula 2026 hingga 2030.
Majlis simbolik penyerahan mock cheque telah diadakan pada 11 April 2026, bertempat di Yayasan Toh Puan Zurina, Melaka, dan telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut hadir ialah Datuk Wira (Dr.) Hajah Radhuana Binti Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Toh Puan Zurina, serta Encik Yong Eng Kwang, Ketua Pegawai Operasi (COO) 99 Speed Mart.
Sumbangan ini bertujuan menyokong pelbagai inisiatif kebajikan dan program kesihatan komuniti yang dilaksanakan oleh YTPZ, khususnya dalam aspek kesihatan komuniti termasuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dialisis secara percuma di Yayasan Toh Puan Zurina.





