Sempena Hari Cuci-Cuci Malaysia 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 99 Speedmart turut mengambil bahagian dalam menjayakan inisiatif ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha memupuk budaya kebersihan dalam kalangan masyarakat.
Melibatkan 3,212 cawangan 99 Speedmart di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, warga kerja kami bersama pasukan Bomba Sukarela berganding bahu melaksanakan aktiviti pembersihan dan menceriakan persekitaran cawangan.
Usaha ini mencerminkan komitmen 99 Speedmart dalam menyokong inisiatif kebersihan serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, kemas dan selesa untuk komuniti.









