Majlis penyerahan hamper Deepavali dengan kerjasama Pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

17 Oct 2019

Majlis penyerahan sumbangan hamperbox sebanyak 1200 unit Sempena Sambutan Perayaan Deepavali dengan kerjasama Pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia serta 99 Speed Mart Sdn Bhd. Majlis Penyerahan ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Gobind Singh, Menteri Komunikasi dan Multimedia serta YB Senator Tuan Suresh Singh. Hamperbox ini akan diagihkan kepada golongan B40 dengan kerjasama daripada pihak kementerian dan akan melibatkan 5 buah negeri iaitu Negeri Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Johor.