2020 Chinese New Year Charity Visit

11 Jan 2020

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba ini, aktiviti tahunan iaitu lawatan ke pusat-pusat kebajikan telah dianjurkan oleh 99 Speed Mart Sdn Bhd. Sebanyak 1812 hamper beg, 99 carton lokam, cek tunai, 'angpow' serta baucar tunai telah diserahkan kepada pusat kebajikan terlibat merangkumi beberapa negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan juga Pahang. Diharapkan dengan lawatan yang dianjurkan ini dapat membantu golongan yang memerlukan agar mereka dapat meyambut perayaan ini bersama-sama dengan penuh kegembiraan.