Hari Chung Yang 2020

22 Oct 2020

Sempena Hari Chung Yang yang bakal tiba pada 25 October 2020, aktiviti tahunan iaitu lawatan ke pusat-pusat kebajikan telah dianjurkan oleh 99 Speed Mart Sdn.Bhd. Sebanyak 251 Hamper Beg, 48 botol minyak masak, 60 beg beras dan 60 beg bihun telah diserahkan kepada pusat kebajikan terlibat. Selain itu, 99 Speed Mart Sdn.Bhd juga menyumbang 17 carton Face mask dan 7 carton hand sanitizer kepada pusat kebajikan terlibat. Diharapkan dengan lawatan yang dianjurkan ini dapat membantu golongan warga emas dapat menyambut perayaan dengan gembira walaupun dalam tempoh CMCO ini akibat penularan wabak covid-19.