Lawatan ke Pusat Kebajikan sempena sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2021

05 Feb 2021

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba ini, aktiviti tahunan iaitu lawatan ke pusat-pusat kebajikan telah dianjurkan oleh 99 Speed Mart Sdn Bhd. Sebanyak 587 hamper beg, 84 carton lokam,cek tunai, face mask serta hand sanitizer telah diserahkan kepada pusat kebajikan terlibat merangkumi beberapa negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, dan Melaka. Diharapkan dengan lawatan yang dianjurkan ini dapat membantu golongan yang memerlukan agar mereka dapat meyambut perayaan ini bersama-sama dengan penuh kegembiraan dalam suasana norma baharu disamping mematuhi SOP yang ditetapkan Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membendung Wabak Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang ini.