Penyerahan sumbangan barangan peranti perubatan Alaris Cc Plus “Syringe Pump” kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

19 May 2021

Y.A.D Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj Bin Almarhum Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj bersama wakil 99 Speedmart, En Yong Eng Kwang telah menyampaikan sumbangan-sumbangan tersebut dalam Majlis Penyerahan barangan peranti perubatan di Pejabat Kesihatan Negeri (Selangor) kepada YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman (Pengarah Kesihatan Negeri Selangor) pada 19hb Mei 2021. Sebanyak 25 unit barangan peranti perubatan Alaris Cc Plus “Syringe Pump” telah disumbangkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan tambahan lagi 10 unit akan disumbangkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk Hospital Daerah yang diperlukan. Y.A.D. Tengku bersama 99 Speedmart dengan tulus ikhlasnya berhasrat sumbangan peranti perubatan ini dapat membawa manfaat kepada rakyat yang memerlukannya, meringankan beban kerajaan dalam pandemik COVID-19 supaya Jabatan Kesihatan sentiasa mempunyai tahap keprihatinan yang tertinggi untuk memeranginya.