Kempen Beli Barangan Malaysia serta Majlis Makan Malam Tahunan 99 Speed Mart Sdn Bhd ke-35

12 Dec 2022

Pada 12 Disember 2022 bertempat di Sunway Resort Hotel, 99 Speedmart telah menganjurkan Kempen Beli Barangan Malaysia serta Majlis Makan Malam Tahunan 99 Speed Mart Sdn Bhd ke-35 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup. Turut sama hadir adalah YBhg Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup serta YBhg Dato’ Sri Muez Bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia. Pada majlis tersebut, 99 Speedmart telah menerima pengiktirafan iaitu Nielsen Award No 1 In Malaysia untuk FMCG Retail Sales yang telah disampaikan oleh Puan Tisha Seranie Tay, Pengarah Retail Vertical Lead disaksikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub Menteri KPDNKSH. Pada malam bersejarah itu juga, 99 Speedmart telah menyampaikan sumbangan kepada UTAR Hospital, Institut Jantung Negara, The National Cancer Society of Malaysia dan juga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjumlah keseluruhan RM2.5 Juta yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Lee Thiam Wah, Pengarah Urusan 99 Speed Mart Sdn Bhd. Selain itu juga, 99 Speedmart telah meneruskan kesinambungan jalinan kerjasama menerusi program Food Bank dalam membantu rakyat serta golongan b40 yang memerlukan terutamanya ketika persediaan musim banjir menerusi simbolik penyerahan kotak makanan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan juga Kementerian Pertahanan Malaysia.