Penyerahan sumbangan kit makanan akibat bencana banjir dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

12 Nov 2022

99 Speedmart telah bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dalam menyalurkan kit makanan akibat bencana banjir yang sedang melanda pada masa ini. Kit makanan ini akan diagihkan dengan bantuan daripada pihak bomba kepada mangsa yang terkesan dan terlibat dengan banjir.