99 Speedmart yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Yong Eng Kwang, telah mengadakan sesi kunjungan hormat serta penyerahan simbolik Bakul Perayaan Aidilfitri 2026 kepada YAB Datoโ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah pada 8 Mac 2026. Majlis tersebut berlangsung di Pejabat Menteri Besar Negeri Kedah.
Melalui inisiatif ini, sebanyak 600 set bakul makanan dan 5kg beras telah disumbangkan bagi membantu golongan Asnaf yang memerlukan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan 99 Speedmart dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta menyokong kesejahteraan komuniti setempat.










