Program Sinar Kasih Deepavali 2024 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Yayasan Kebajikan Negara dengan kerjasama 99 Speedmart telah diadakan bertempat di Dewan Perkhidmatan Sosial Dan Pembangunan Komuniti (PSPK) Batu Caves pada 22.10.2024.
Pada majlis tersebut, sebanyak 800 beg makanan Deepavali telah diserahkan kepada YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri KPWKM untuk disalurkan kepada golongan B40 yang memerlukan.
Diharapkan dengan sumbangan ini dapat memberikan keceriaan kepada mereka yang akan menyambut Perayaan Deepavali ini tidak lama lagi.