KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN 99 SPEEDMART KE-14

Kempen derma darah ke-14 anjuran 99 Speedmart dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja

Kempen derma darah ke-14 anjuran 99 Speedmart dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang telah berjaya mencapai sasaran sebanyak 626 beg darah bagi menyokong dan menyertai kempen derma darah pada tahun ini.

Kempen ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Abd Hamid bin Hussain, Datuk Bandar MBDK. Turut bersama hadir pada majlis ini Encik Yong Eng Kwang, Ketua Pegawai Operasi 99 Speedmart, Dr Pamela A/P Sivapathasundram, Ketua Penolong Pengarah Kanan HTAR dan YDH ACP Vijaya Rao A/L Samachulu, Ketua Polis Daerah Klang Utara.

99 Speedmart merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua penderma darah, pengurusan MBDK dan HTAR Klang serta seluruh pasukan yang telah menjayakan kempen ini dengan penuh dedikasi. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada masyarakat pada masa akan datang.

 

Gallery

Related articles

For Vendors

Join us as a Vendor and unlock a world of opportunities!