Sambutan Majlis Makan Malam 99 Speedmart Yang Ke-39

99 Speedmart telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan ke-39 pada 18 Oktober

99 Speedmart telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan ke-39 pada 18 Oktober 2026 di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City.

Pada tahun ini, 99 Speedmart terus memacu perkembangan perniagaan melalui beberapa projek keutamaan, termasuk kerjasama strategik bersama Midea, memperkukuh perniagaan borong digital melalui 99 Bulksales, memperluaskan penawaran produk kesihatan dan ubat-ubatan am (OTC), serta pembangunan modal insan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), 99 Speedmart turut menyampaikan sumbangan berjumlah keseluruhan RM3.05 juta kepada tiga penerima, iaitu Selangor Polo Club, Sekolah Menengah Kebangsaan Benoni dan Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ).

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Perkhidmatan, Anugerah Jabatan Gudang Terbaik dan Anugerah Pengurus Kawasan Terbaik sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen dan prestasi cemerlang warga kerja.

Dengan semangat kebersamaan dan komitmen berterusan, 99 Speedmart akan terus berkembang, menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan menyediakan barangan keperluan harian pada harga berpatutan, selaras dengan slogan โ€œDekat Lagi Murahโ€.

Gallery

Related articles

For Vendors

Join us as a Vendor and unlock a world of opportunities!