Sempena Sambutan Perayaan Chung Yang 2026, 99 Speedmart meneruskan tradisi keprihatinan menerusi Program Ziarah Prihatin Warga Emas Kali Ke-17 dengan menyantuni penghuni di 15 buah rumah kebajikan warga emas di Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Sumbangan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, bihun dan bakul makanan berkhasiat disampaikan bagi membantu memenuhi keperluan harian para penghuni.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan 99 Speedmart dalam menyantuni warga emas, menghargai jasa dan pengorbanan mereka, serta menyemai nilai kasih sayang demi membina komuniti yang lebih prihatin, penyayang dan sejahtera.














