Kempen Derma Darah dengan kerjasama St.John Ambulance Malaysia

28 Aug 2022

99 Speed Mart Sdn Bhd telah bekerjasama dengan St.John Ambulance Malaysia dalam menganjurkan kempen derma darah di 8 buah negeri. Sebanyak 1734 beg darah berjaya dikumpulkan daripada penderma-penderma yang berada di Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Sabah, Perak dan Terengganu. Terima kasih diucapkan kepada penderma kerana dengan derma darah ini anda telah menyelamatkan banyak nyawa. Diharapkan dengan kempen yang dijalankan ini dapat membantu pihak hospital dalam menyalurkan kepada mereka yang memerlukan.